*Maklumat dari artikel ini adalah berbeza dengan maklumat yang biasa diketahui umum. Tidak semua maklumat yang disiarkan dijamin tepat. Pembaca diharap menggunakan budi bicara dan bimbingan dari pihak yang betul apabila membaca artikel ini agar tidak tersalah erti/tafsir akibat dari artikel yang disiarkan.

Zaman berganti zaman.Tahun  berganti  tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad  dengki,khianat,kekejaman dan  penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan  bangun.Bina kembali  peradaban.Berperang lagi...hancur  semuanya....bangkit kembali membina  empayar...perang  saudara...kedatangan bangsa Eropah yang   tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit   kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina   negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. (Klik pada more untuk artikel penuh)
Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka?Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang.Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
Selak   lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang   berimejkan selekeh,miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
Dalam   artikel pengiring terakhir ini,Srikandi akan mendedahkan realiti   sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di   pulau-pulau Nusantara (Indonesia).Srikandi akan mendedahkan betapa   antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan   menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika   penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah   begitu?
'Musketeers'   dan 'Gunners'  Melayu

Ketika saya masih   kecil lagi,saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar   belakangkan zaman dahulu,mungkin sekitar abad ke 17.Kalau tak silap   saya,Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu.Keistimewaan filem   ini ialah,ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang   menggunakan meriam-meriam kecil,dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.
Meriam-meriam   ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang,di bawa ke sana   sini.Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa   meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi.Ada adegan   tentera yang tumpas terkena bedilan.Aksi letupan yang begitu 'real' dan   suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah  padi  dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini.Filem ini  begitu  istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang  juga  berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan  dan  kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan   lembing.Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik   dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan   menimbulkan misteri kepada saya.
Semakin  dewasa  dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan  semasa  melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin   tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu   dahulukala?Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para   conquistador,pengembara Eropah,pedagang dan duta-duta asing,menyebutkan   saiz kapal,penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum   era penjajahan?Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini,nadanya   berlainan?Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan   catatan Stamford Raffles dan Leyden?Mengapa pandangan para cendekiawan   Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para   gabenor dan imperialis Inggeris?
Apa  yang ingin  mereka sembunyikan dari kita??
Apabila  orang  Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani,mereka   menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan   senapang,apatah lagi meriam.Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka   yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma.Mereka betul dari   segi sejarah.
Mengapa saya kata  begitu?Kerana  apabila teknologi meriam semakin maju pada abad  ke-14,seluruh dunia  berlumba-lumba mendapatkan teknologi  ini.Kerajaan-kerajaan  Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan  Turki  uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak   ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah   merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
Jadi   ADAKAH   SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR   MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal   raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan   pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu   Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.
Adakah   para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk   menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat   bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk   sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam   menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang  boleh  mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA  PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN  KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN  DARI GOA,JAWA DAN SIAM  DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN  DARI PARA PEDAGANG  ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
Hanya   filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan   pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh   di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
Apabila   orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar   Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu   memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk   mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana  mereka  mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang  diluar  kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
Malah   semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai   istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable   Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock  Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari   kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:
Pemuras
Pemuras  adalah  antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu   dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan   orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris   terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol  Said  dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang  Melayu  Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu   menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah   sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber   pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk   kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah   hitam (lead)
Ia digunakan untuk  menembak dalam  jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda   (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras   yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih kecil,seperti pistol.

Orang-orang   Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul   pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang   pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu,   senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia   barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam   peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?
Ini  kerana pada masa  dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang  gigih.Penggunaan blunderbuss ini  adalah amat popular  dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia  sesuai untu  pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu  mencederakan  beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak  dekat.
Pemuras  biasanya amat  pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada  ketika laras  senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki)  panjang.Satu sumber  menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan  abad ke-17,  menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel  lock) sekitar  28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci)  panjang bagi  Pemuras.

*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang   Pemuras berkilat seperti ini.
Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Dalam budaya masyarakat Melayu,Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia.Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'.Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras   sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga   Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta   ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras   adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah   digunakan terutama ketika mengisi peluru.
Jika   Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit  syililing  mereka,Mozambique meletakkannya di bendera  mereka,bayangkan,kerajaan  Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss  atau  Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol

Terakol   atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang   dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel   lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia   membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'.Terakol   berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras   yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan   Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang   Rajah Brooke.
Terakol juga  digunakan di Patani  dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini  digunakan.Sekitar tahun  1530,Terakol telah menjadi maju dengan  penggunaan teknologi flintlock  (kancing batu api) dan sejak itu ia  lebih dikenali sebagai pistol di  Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean,Jack Sparrow   menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Ketua Lanun,Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Istinggar

Istinggar   (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api   jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi   sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu   api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan   mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630   sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan   teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu   (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar   juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus   Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat   Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang   hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan   sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali   istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk   membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari   Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar   inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh   tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera   Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar   juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang   membina loji-loji di Sungai Perak.
Lela Rentaka

Rentaka,adalah   sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam   Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka   adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang   menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini   adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris   dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka   inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya   rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara   50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter   kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor   Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor   Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah   Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or   swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa,   rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik   seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut   diukirkan corak pucuk rebung.

Apa  yang unik  mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah  alih yang  pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan  ianya  dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan  dipacakkan  di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat  berbeza  dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan  tidak  mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan  bidikannya  lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan   Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai   pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka   sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika   mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat   takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata,   rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian   terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan  Brunei  juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah  sebagai  pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu.  kebanyakan  daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia  sekarang ini adalah  berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di  Semenanjung, Jawa dan  Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang  terutama setelah kejatuhan  Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan  senjata api  buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman  para penjajah  barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan  mereka telah  meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan  persenjataan  mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka  di Alam Melayu  semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan  rentaka terbaik  dan terbanyak adalah negara Belanda.
Meriam/Lela

*Meriam Seri Patani  yang diletakkan  dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam   mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah   Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di   semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di   Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan   Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika   Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih)   terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia   Tenggara suatu ketika dahulu.
Sebelum   kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini   diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh   Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang   menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula   memperkenalkannya.
Meriam yang  paling terkenal  dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani  dan Mahalela.Dan  meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam  yang terbesar di  Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat  dan  memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
Meriam-meriam   ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar   angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani   pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang   lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai   pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu   Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai   saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya  sepanjang  5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat  empat kali  serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632,  1634 dan 1638.
Selepas  kejatuhan  Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan  Sultan  Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada  ancaman  Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun,  pada  1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya  Kalahum  telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri   Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang,   bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa   hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang   tanpa dapat dikesan.
Pada 1787,  Raja Rama I  telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan  Sri Patani yang  dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan  bergandingan dengan  Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat  kepada gambar meriam  seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan  kekuatan meriam tersebut  ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai.  Menurut Hikayat Patani tiga  buah meriam kerajaan Pattani ini telah  berjaya mengaramkan banyak kapal  Thai ketika Kerajaan Thai menyerang  Pattani.Anda boleh membayangkan  suasana meriam-meriam ini digunakan dan  peperangan tersebut dengan  menonton filem Queen of Langkasuka.
Meriam-meriam   Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari   ini.
Setelah mengetahui fakta  sejarah yang  digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih  berfikir nenek  moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan  keris?JIka nenek  moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu  sahaja,alamat kita  sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah  negeri Inggeris  lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu  mempunyai  senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta  raja-raja  mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah  yang ganas  dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu  memikul  rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang  ketamakan  dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik  tidak  berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan  menjadi  seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun  buas dan  kejam,namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati  perjuangan  orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba  mengawal alter  amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners  (ahli  meriam)  Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka  terlebih  dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa   balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau   menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi   dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau   Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di   Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti   Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low   menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah   Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya   menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak   berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah 'Mat Salleh' pun berdegil   'mempertahankan'  takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika  kita  bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain  pun  akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari  ini,jika  kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh  Tulisan  Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan  Jawi dari  papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha  mengambil  berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga  segala  warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang  asing??
SEbagai  kesimpulannya,dengan pendedahan  ini yakinlah kita bahawa orang Melayu  adalah bukanlah bangsa yang lemah  dan hanya mengenal keris dan tombak  sahaja malah pandai menggunakan  meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu  juga biasa menggunakan musket  (Istinggar) dan pistol (Terakol).

*Contoh Terakol digunakan ketika   menyerang.Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan   berukiran halus.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.
Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu.Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya.Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini?Siapa pengarah filem ini?Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu,malangnya saya terlupa tajuk filem itu.
Jadi fikirkan,adakah  Inggeris dan  Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang  mereka menggunakan  sumpit,lembing dan keris (kesampingkan ilmu  mistik,kita bercakap soal  realiti)?Tidak sama sekali.Para musketeers dan gunners  Melayu  inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris  berfikir 10  kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu,mengkristiankan  seluruh orang  Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti  Amerika dan  Australia.
Alangkah  bagusnya kalau dalam  buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa  megahnya hulubalang Melayu  menyangkutkan blunderbassnya  (Pemuras) di bahu.

Dalam   legenda Melayu,berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal,antara   pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas.Dan ini   adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan   pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa.Malah Mat Kilau juga   dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini.Jadi   fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal   peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil   memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket,blunderbuss dan cannon?
Bibliografi:
Melayu Nusantara
Sejarah   Kesultanan Brunei
Sulalatus Salatin
Surat-surat   Antonio de Pigafetta dan Maximilius Transylvanus
Dan  kajian  persendirian yang lain.
Penulis artikel: srikandi
Sumber: MF.blogspot.com
Penafian: Tujuan artikel ini disiarkan adalah bagi membuka minda kita sebagai pelajar/pemuda. Artikel & semua maklumat diatas merupakan hasil kajian dan penyelidikan peribadi penulis. Pihak PERDIQMAKPMB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesan hasil dari penyiaran artikel/kajianl ini.
 

 
 0 Comments
0 Comments





 
 
 
