Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa   yang berpuasa di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan   nescaya akan diampunin segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi)
11 Ogos 2010. Kolej Profesional Mara Beranang.   Ramadhan pada tahun ini diraikan dengan sambutan yang begitu meriah   oleh warga KPMB khususnya oleh ahli-ahli PERDIQMA yang bertugas   sepanjang Ramadhan ini dan pelajar kamsis KPMB. Bermula seawal jam 5.00   pagi, bacaan Al-Quran telahpun diperdengarkan oleh petugas Biro Ta'mir   PERDIQMA menerusi corong-corong pembesar suara Surau An-Nur sehinggalah   azan subuh dilaungkan dan Solat Subuh berjemaah ditunaikan.
Setelah   kuliah tamat pada jam 5 petang, aktiviti ramadhan diteruskan dengan   acara utama dan khas sepanjang ramadhan ini iaitu gotong-royong memasak.   Pada Ramadhan kali ini, Biro Makanan & Utiliti PERDIQMA yang   diketuai oleh Abdul Qayyum telah ditugaskan untuk mengetuai program   memasak sepanjang Ramadhan yang akan diadakan setiap isnin hingga   khamis.Untuk hari pertama ramadhan kali ini, masakan istimewa "Ayam   masak kicap" selain memasak nasi secara kawah telah disiapkan secara   gotong-royong dengan jayanya.
Pada waktu yang sama ketika Biro   Makanan & Utiliti PERDIQMA menyediakan juadah untuk Iftar Jamie'   (Bebuka puasa beramai-ramai) Biro Media & Informasi PERDIQMA pula   menambahkan seri petang ramadhan dengan bacaan hadith-hadith tentang   kebesaran & kelebihan Bulan Ramadhan dan dendangan lagu nasyid   terbaik menerusi bilik siaraya Kolej Profesional MARA Beranang. Untuk   makluman, Bacaan hadith dan dendangan lagu nasyid terbaik ini dapat   didengari diseluruh kawasan kolej kediaman KPMB.
Tepat jam 7.28   malam, azan maghrib dilaungkan memberi makna waktu berbuka telah masuk   untuk 1 Ramadhan 1431 Hijrah diKPMB dan seluruh daerah Hulu Langat,   Selangor. Di Surau An-Nur, waktu yang ditunggu-tunggu telahpun   tiba.Setelah bersolat fardu Maghrib secara berjemaah, kira-kira 100   pelajar KPMB telah bersama-sama menjamu selera yang cukup enak setelah   seharian berpuasa.
Untuk makluman, majlis pada hari ini juga   turut disertai oleh ketua Felo KPMB, Encik Musa Bin Mohamad Ali dan felo   Encik Azrul Hafiz. Alhamdulillah, pada majlis berbuka tersebut semua   pelajar dapat menjamu selera dengan baik walaupun terdapat sedikit   kekurangan nasi kerana sambutan yang cukup baik dikalangan pelajar.
"...dan   bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan   keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan   apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)
Pada   sebelah malam, kemeriahan ramadhan diteruskan lagi dengan solat Fardu   Isyak berjemaah dan solat sunat tarawikh sebanyak 8 rakaat diikuti  Solat  Sunat Witir 3 rakaat. Pada malam tersebut, selepas Solat Sunat  Tarawikh  turut diadakan tazkirah ringkas mengenai ramadhan oleh imam  bertugas.
Selesai  Solat Sunat Tarawikh & Witir, para jemaah  dihidangkan dengan juadah  "Moreh" yang disediakan dan program pada  malam tersebut diakhiri dengan  program Tadarus Ramadhan oleh  pelajar-pelajar terpilih yang akan  diadakan sepanjang Ramadhan ini.  Kepada semua warga KPMB, anda dijemput  beramai-ramai untuk memeriahkan  aktiviti yang telah diaturkan oleh  PERDIQMA sepanjang Ramadhan kali  ini.
Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
"Setiap   amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku   sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila   seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya   pada hari itu dan tidak meninggikan suara. (Hadis riwayat imam Bukhari & Muslim)
12 Ogos 2010
SEMOGA   RAMADHAN KALI INI, ALLAH SWT MENGANUGERAHKAN KITA RAMADHAN TERBAIK  BUAT  KITA AGAR KEMULIAAN DAN KEERKATANNYA DAPAT SAMA-SAMA KITA MILIKI.  SALAM  RAMADHAN KAREEM.-
Dari meja editor: www.perdiqmakpmb.blogspot.com
 
 0 Comments
0 Comments
 





 
 
 
