Masjid Besi dari pandangan sisi |
21 Ogos 2010, Putrajaya. Tidak seperti hari-hari kuliah di KPMB, yang mana pada sebelah petang terdapat program Iftar Jam'ie, hunjung minggu yang lapang ini saya manfaatkan dengan melakukan ziarah ke Putrajaya bersama-sama saudara Ali Nazmi, sahabat baik saya ke Masjid yang dikenali sebagai "Masjid Besi". Perjalanan kira-kira 40 minit dari KPMB sebaik sahaja selesai solat fardu asar membawa kami melalui Putrajaya sambil menyaksikan keindahan senibina serta landskap pembangunan terancang hasil teknologi Jerman di sekitar Putrajaya.
Sistem paip wudhuk yang unik |
Kira-kira jam 6 petang, kami telah selamat tiba di Masjid Besi ini atau nama sebenarnya Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin. Masjid yang dibina dengan kos sebanyak RM 200 Juta ini dibuat dengan menggunakan konsep terbuka-Dimana tiada sistem penghawa dingin digunakan untuk ruang solat utama. saya bersama saudara Ali mengambil kesempatan untuk melihat keindahan panorama sekeliling Masjid tersebut memandangkan waktu asar masih berbaki kira-kira satu jam lagi.Mengelilingi kawasan sekitar Masjid, anda akan mendapati Masjid tersebut mempunyai ruang solat utama yang tinggi dari aras tanah selain terletak bersebelahan dengan tasik Putrajaya yang begitu memukau pandangan. Saiz Masjid tersebut juga agak besar sehinggakan kami terpaksa mengambil gambar dari jarak yang jauh untuk mendapatkan gambar keseluruhan masjid tersebut.
Setelah selesai meronda disekeliling kawasan masjid dan mengambil gambar, saya bersama saudara Ali telah memasuki masjid tersebut melalui pintu kiri yang dinamakan Pintu Imam Hambali. Memasuki pintu tersebut akan membawa anda melalui eskulator untuk menuju ke tempat wuduk. Sebaik tiba di tempat wuduk, anda pasti akan tertarik dengan keunikan paip wuduk disini berbanding tempat wuduk di masjid lain.
Keunikan Masjid Tuanku Sultan Zainal Abidin tidak terhenti disitu sahaja. Kawasan dewan solat utama yang merupakan kawasan utama untuk bersolat kelihatan teramat indah dengan berlatarbelakangkan ayat-ayat suci Al-Quran di atas cermin selain kubah Masjid yang begitu besar disebelah atas. Selain itu juga, Masjid ini yang menggunakan pengudaraan secara semulajadi dibantu oleh kolam-kolam air disebelah kanan dan kiri masjid bagi bantu pengudaraan di dalam masjid ini.
Pencahayaan yang sesuai |
Menjelang maghrib, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama semua jemaah yagn berjumlah kira-kita 1000 orang untuk berbuka puasa bersama-sama. Majlis berbuka di sini sama seperti Iftar di KPMB iatu dimulakan dengan menjamah kurma dan kuih sebelum solat Fardu Maghrib secara berjemaah. Setelah itu barulah kami menjamah makanan yang berat iaitu nasi berlauk. Hanya bezanay di sini tidak menggunakan dulang seperti yang dilakukan di KPMB.
Selepas kami menikmati juadah berbuka puasa anugerah Allah pada malam tersebut, kami meneruskan perjalanan ke Masjid Putra,Putrajaya untuk menunaikan solat Fardu Isyak dan Tarawikh disana.
Pengalaman ziarah kali ini amat bermakna buat saya. Saya berhasrat InsyaAllah sekiranya ada peluang kelak, saya pasti akan mengunjungi masjid ini lagi dengan mengajak teman-teman yang lain. Kepada anda yang belum pernah mengunjungi masjid ini , kunjungilah Masjid ini kerana ziarah anda pasti pasti akan menenangkan hati anda dan menjadi satu kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan terutamanya di dalam suasana Ramadhan Kareem ini
Wassalam
Pintu masuk "Imam Hambali" |
Tandas yang bersih |
Dikelilingi air |
Ruang solat utama |
Menanti waktu berbuka |
* Ziarah merupakan kategori baru didalam Blog PERDIQMA bagi berkongsi pengalaman ketika mengunjungi lokasi-lokasi menarik seluruh Malaysia & dunia. Sekiranya anda mempunyai pengalaman menarik untuk dikongsikan bersama, anda boleh berkongsi dengan rakan-rakan PERDIQMA dengan menghantar pengalaman anda beserta gambar (sekiranya ada) ke kpmbperdiqma@gmail.com. Sertakan sekali nama penuh, no tel dan biodata ringkas