02 Ogos 2010, KPMB. pada 31  Julai- 01 Ogos, Biro Dakwah, Tarbiah & Ekonomi PERDIQMA telah  membuka gerai sempena Local Fruit Fiesta yang diadakan doperkarangan  dewan.Pada hari jualan,pelbagai makanan dan minuman dijual di gerai  PERDIQMA. Antara jualan yang istimewa pada hari tersebut ialah "Sweet  Corn" dan sarapan pagi dimana pelanggan boleh memilih sama ada ingin  membeli nasi lemak atau Mee hoon dan percuma secawan teh o.
Pada sebelah malam, pihak PERDIQMA progran tersebut, gerai PERDIQMA juga turut menyajikan  kelainan kepada pengunjung dengan tayangan siri-siri pilihan dari video yang sangat bermakna dan menarik antaranya  "The Devine Book" & "Phase 3" menerusi skrin besar & projektor bersebelahan gerai PERDIQMA.
Sepanjang program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Marketing itu juga, pelbagai aktiviti diadakan antaranya tayangan, memakan buah-buahan tempatan, street soccer, gerai-gerai jualan dan lain-lain lagi.Alhamdulillah, pada program pada kali ini booth PERDIQMA telah mendapat pulangan yang baik dan semua hasil jualan pada hari tersebut akan digunakan/sumbangkan untuk aktiviti PERDIQMA. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan sukarelawan yang bekerja keras sepanjang program tersebut.
6 Ogos 2010
AKTIVITI TERBARU: BOOTH PERDIQMA
 
 0 Comments
0 Comments
 





 
 
 
