8 Ogos 2010

YOU CRY FOR WHAT?

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor: 'Aisah Hamid

 “Dan bahawasanya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”(An-Najmu : 43)

Jadi, Allahlah yang telah menciptakan ketawa dan tangis, serta mencipta sebab tercetusnya tangisan.

TANGISAN YANG TERCELA DAN TERPUJI

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya.....
orang yang meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek pakaian.

Ada pula tangisan yang sangat-sangat dipuji dan dituntut, iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau menangis kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.Tangisan yang ikhlas kerana Allah juga dapat memadamkan api neraka. Rasulullah SAW bersabda :

“Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tidak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesumgguhnya air mata dapat memadamkan api neraka.”

AIR MATA TAUBAT NABI ADAM A.S

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit kerana tersangat takut dan hiba terhadap dosa yang telah dilakukan. Dia bersujud diatas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbukan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “manis sungguh air mata ini”. Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu telah mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubatnya dan mewahyukan,

“Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

AIR MATA YANG TIADA DITUNTUT.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita kerana, bukankah Allah yang telah menetapkannya.

Janganlah menangis kerana menonton filem Hindustan, itukan cuma lakonan semata-mata.

Janganlah menangis kerana cinta tak tebalas, kerana itu mungkin bukan jodoh yang Allah tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan, kerana mungkin kita kurang membuat persediaan.

Janganlah menangis jika wang kita hilang di jalanan, mungkin kerana kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah kita menangis kalau kita tidak dinaikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian tuhan..

Dari itu simpanlah air mata tangisan itu untuk buat bekalan menginsafi di atas segala kecuian yang telah melanda diri, segala dosa yang yang menjadi bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah Allah SWT. Serulah air matamu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati yang penuh dengan debu kedosaan. Semoga ia dapat melebur segala dosa dan moga-moga dapat keampunan-Nya.

Junjungan mulia bersabda :


“Ada dua biji mata yang tidak tersentuh api neraka, air mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah SWT dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabilillah di waktu malam.”

“Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat, seseorang yang bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT lalu bercucuran air matanya”.

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut pada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pohon kering.”

Berkata Salman Al- Farisi r.a

Aku dibuat menangis atas 3 perkara jua:
1) Berpisah dengan Rasulullah SAW dan para sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Izrail datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu sama ada aku akan diperintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Marilah sama-sama kita renungkan, selama ini air mata kita yang mengalir itu untuk apa? Mengapa ia mengalir? Kemana ia mengalir? Bagaimana air mata itu boleh mengalir? Sesungguhnya segala apa yang Allah ciptaankan itu ada hikmah dan faedahnya yang tersendiri. Cumanya, bagaimanakah kita memanfaatkannya.

Jadi, memandangkan Ramadan telah hampir, marilah kita sama-sama memanfaatkan bulan yang barakah ini dengan sepenuhnya. Pendek kata, tiada bulan lain yang lebih nikmat dari bulan ini. Titiskanlah air matamu yang bernilai itu di bulan yang indah ini. Sesungguhnya, semua pintu syurga, Allah bukakan untuk umatnya yang bertaqwa. Di bulan inilah untuk kita merebut ‘hot ticket’ yang disediakan tanpa dibayar dengan wang melainkan dengan ibadah, keikhlasan dan ketaqwaan.

sumber : Buletin Sautul Islam

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...