29 Oktober 2010

UNTUK KALI PERTAMANYA: PERDIQMA DAY


www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Disediakan Oleh: Maziah

Alhamdulillah, kerana pada 23 Oktober 2010 yang lalu Perdiqma telah berjaya menjalankan satu lagi program terbaru iaitu Perdiqma Day.Aktiviti yang dijalankan satu hari ini diisi dengan tiga bahagian aktiviti iaitu pada paginya aktiviti Tressure of Iman, pada petangnya Rehlah dan sukaneka dan malamnya pula majlis penutup di Dewan Sri Gema KPMB. Aktiviti ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Pada pagi itu para peserta disediakan sarapan iaitu nasi goreng kampung. Sebelum dimaulakan dengan senaman regangan dan treasure of Iman. Selepas penerangan kepada peserta tentang peraturan Treasure of Iman barulah mereka dilepaskan untuk memulakan permainan. Permainan ini disertai oleh wakil dari setiap Biro PERDIQMA. Setiap kumpulan perlu melalui 8 checkpoint. Permainan bermula dan berakhir di surau An-Nur. Permainan Treasure of Iman berakhir pada waktu tengah hari.
 
Selepas itu, aktiviti diselangi dengan solat zohor berjemaah di surau. Selepas solat selesai semua peserta dijamu dengan makan tengah hari yang cukup istimewa yangdihidangkan dengan menggunakan talam.
Setelah itu, progrem diteruskan padapada jam 2 petang dimana peserta diberi taklimat untuk aktiviti Rehlah yang akan dijalankan pada jam 3.30 petang. Peserta dibenarkan pulang ke asrama untuk berehat sementara menunggu untuk aktiviti kedua.

Walaubagaimanapun, aktiviti Rehlah pada mulanya terpaksa dibatalkan kerana takdir Allah telah menentukan hujan lebat mencurah-curah. Namun begitu, Setelah menunggu beberapa lama hujan mula reda. AJK Rehlah meminta pandangan peserta adakah mereka ingin meneruskan aktiviti sukaneka. Melihatkan semangat para peserta yang berkobar maka AJK Rehlah mendapat keyakinan untuk meneruskan aktiviti. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka antara biro dihadapan Surau An-Nur. Antara permainannya ialah meniup gula-gula di dalam tepung dengan menutup mata, mengisi air di dalam botol menggunakan straw, dan menyambut belon berisi air. Aktiviti berakhir pada jam 6.30 petang dan para peserta dibenarkan balik ke asrama untuk persiapan aktiviti malam.


Acara malam pula dimulakan dengan solat maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau. Selepas solat maghrib para peserta diberi peluang untuk berbincang tentang persembahan malam dalam biro masing-masing  Selepas solat Isyak acara diteruskan dengan makan malam di dalam talam iaitu acara tradisi di Surau an-Nur. Selepas makan malam semua peserta bergerak ke dewan untuk acara penutup. Setiap biro dikehendaki membuat persembahan yang bermesejkan Islamik dan akan dinilai oleh juri yang terpilih. Sememangnya menarik persenbahan yang diberikan oleh setiap biro pada malam resebut.

Sementara menunggu pengadil mengira markah keseluruhan yang diambil dari tiga aktiviti tersebut, peserta dipertontonkan dengan video klip mengenai ketamadunan Islam.Setelah selesai tontonan video klip dan permarkahan, masa yang ditunggu-tunggukan oleh semua peserta dari setiap biro iaitu pengumuman pemenang telah tiba. Berikut adalah pemenang mengikut kedudukan:

Tempat pertama: Biro Ta’mir
 
Tempat kedua: Biro Dakwah Tarbiah dan Ekonomi
 
Tempat ketiga: Biro Keceriaan 
 
Tempat keempat: Biro Media dan Informasi

Tempat kelima: Biro Makanan

Kesimpulannya, bukanlah kedudukan yang paling penting tetapi apa yang peserta dapat dari segala aktiviti yang dijalankan semasa Perdiqma Day. Antara yang jelas dilihat dari ketiga-tiga aktiviti ini adalah semangat kerjasama berpasukan antara ahli biro dan pengalaman baru bagi ahli-ahli setiap biro serta ukhwah yang terjalin semakin utuh. Semoga dengan program ini, semakin memudahkan urusan dan persefahaman dikalangan ahli PERDIQMA dan dapat menimba ilmu baru yang sangat bermakna. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

Galeri Program PERDIQMA DAY:

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...