www.perdiqmakpmb.blogspot.com
editor: Zulia Sofy Zakaria
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana sekali lagi Perdiqma berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar semester satu bagi sesi Julai-Disember 2010. Alhamdulillah kerana semua pelajar berjaya khatam Al-Quran di dalam masa yang di tetapkan.
Pada malam itu juga para peserta amat bertuah dengan kehadiran pengarah KPMB, Dr Mohd Yatim Bin Nawai.Turut hadir Ustaz Md Zan Bin Md Yusuf, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan juga beberapa orang felo dan pensyarah. Selain itu, ini adalah antara penyertaan pelajar semester 1 yang paling ramai menyertai tadarus al-quran dengan bilangan 313 orang.
Selepas solat maghrib, majlis didahului dengan majlis tahlil ringkas. Sesudah itu, majlis dimulai dengan bacaan doa dan barulah bacaan surah-surah lazim dijalankan sebagai simbolik majlis penutup khatam al-quran.
Selepas bacaan berakhir, majlis diteruskan dengan tayangan video klip sepanjang tadarus diadakan.
Selepas tayangan video, ustaz Md Zan dijemput untuk memberikan ucapan. Di dalam ucapannya, beliau meluahkan harapan supaya para pelajar dapat meneruskan bacaan al-quran walaupun setelah tadarus ini selesai. Selain itu, ustaz Md Zan juga menekankan tentang masalah kegelinciran aqidah dan masalah sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Juga umat manusia zaman sekarang yang mengarah hidup dengan berlandaskan hawa nafsu. Beliau berharap semua pelajar KPMB dapat menyeimbangkan antara akademik, sukan dan akidah. Semoga apa yang diucapkan itu dapat diambil sebagai pedoman agar menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta tadarus al-quran yang terlibat.
Acara terakhir untuk penutupan majlis Khatam Al-Quran kali ini adalah dengan acara tradisi surau An-Nur iaitu jamuan makan di dalam talam. Jamuan diadakan selepas para hadirin selesai solat fardu Isyak.
Di akhir sekali, Perdiqma ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk, peserta dan hadirin yang hadir. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi untuk kebaikan bersama.