www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: zulia sofy bt zakaria
Oleh: zulia sofy bt zakaria
Pada 29 september 2010, Biro Dakwah, Tarbiah dan Ekonomi PERDIQMA telah menganjurkan satu ceramah berkenaan dengan ilmu astronomi, yang telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Seri Gema KPMB. Ceramah ini telah di sampaikan oleh EN.Shahrin Bin Ahmad, seorang graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer (1998).
Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga KPMB tentang kekuasaan ALLAH S.W.T. Betapa kerdilnya kita sebagai seorang umat Muhamad di muka bumi ini. Subahanallah..apa yang di sampaikan pada malam itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Bumi ini ibarat satu bintang yang ada di dalam sebuah galaksi yang di panggil sebagai bimasakti. Bayangkanlah betapa kecilnya kita disisi ALLAH S.W.T. Kita yang berada dimuka bumi ini pula ibarat satu titik yang tidak kelihatan di sebalik titik yang banyak di dalam bimasakti yang sangat besar. Lagi.Klik More.

Ramai juga diantara kita yang tidak melihat bertapa hebatnya kejadian siang dan malam, yang selama ini kita lalui pada setiap hari. Satu ciptaan yang sangat hebat dimana matahari itu terbit dari timur bagi menerangi bumi kita yang sangat luas ini dan terbenam di sebelah barat menjadikan seluruh alam ini gelap gelita bila tiba waktunya. Pada waktu itu keluar pula beribu-ribu bintang di langit yang luas ini.
Diantara bintang-bintang itu pula kita dapat melihat bentuk-bentuk yang dipanggil buruj. Disebalik bintang-bintang itu pula terdapat asap-asap yang digelar sebagai Nebula. Pelbagai bentuk, nama yang kita tidak tahu terdapat di alam ciptaan Allah ini. Lagi jauh kita melihat dan fikirkan apa yang diciptakan olehNya, semakin itu kita akan berasa sangat kagum dengan kekuasaannya. Pada malam itu juga diterang tentang planet-planet lain yang ada seperti Marikh,zuhal, Mustari,zuhrah dan yang paling menarik ialah tentang matahari dimana kita ditunjukkan keadaan matahari daripada dekat. Matahari itu seperti sebuah lava atau lautan api yang sangat panas. Cubalah kita bayangkan bagaimana matahari yang sangat besar dan panas itu dapat menerangi bumi ini tanpa berlaku perlanggaran diantara matahari dan bumi, Itulah dia kuasa Allah yang maha pencipta.
Pasti semua orang yang hadir berasa begitu teruja dengan apa yang disampaikan oleh penceramah jemputan kita pada malam itu, tetapi malangnya pada malam tersebut kita tidak berpeluang untuk mencerap bulan dan bintang kerana langit ditutupi oleh awan yang agak tebal. Walaubagaimanapun, semua pelajar berasa begitu teruja dengan apa yang disampaikan pada hari itu. Sama-samalah kita merenung ciptaan Allah S.W.T yang sangat indah ini dan kita perlulah percaya bahawa Allah itu Maha Pencipta sekalian Alam dan Makhluk di muka bumi ini.