Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lala menghulurkan sekeping kertas bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi Kedai :RM 4.00
2) Tolong jaga adik :RM 4.00
3) Tolong buang sampah :RM 1.00
4) Tolong kemas bilik :RM 2.00
5) Tolong siram bunga :RM 3.00
6) Tolong buang sampah :RM 3.00
Jumlah :RM 17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1)Kos mengandungkan mu selama 9 bulan : PERCUMA
2)Kos berjaga malam kerana menjagamu : PERCUMA
3)Kos air mata yang menitis keranamu : PERCUMA
4)Kos kerungsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
5)Kos menyediakan makan minum, pakaian & keperluan : PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata: "Saya sayangkan ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar" pada muka surat yang ditulisnya.
TERIMA KASIH IBU. SEMOGA ALLAH SWT MERAHMATI MU & MENGURNIAKAN KEBAHAGIAAN BUAT MU. MAAFKANLAH SEGALA DOSA-DOSAKU PADA MU.
Sumber artikel: Dipetik dari Sautul Islam