22 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran sesi Julai - Disember 2011




Pada 18 Oktober 2011, pihak PERDIQMA telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar semester 1 Kolej Professional MARA Beranang bertempat di Surau An-Nur KPMB. Majlis yang diadakan setiap semester ini adalah rentetan dari program tadarus yang dilakukan oleh semua pelajar semester 1 seramai 269 orang yang diadakan pada hari Isnin bagi muslimin dan hari Rabu bagi muslimat.

Majlis dimulakan pada jam 7.30 P.M, iaitu selepas solat Maghrib dengan dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis, saudara Zulkhairi dan bacaan doa oleh saudara Nurdin Haikal. Seterusnya, seramai 22 pelajar yang terpilih memulakan bacaan dari surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan surah An-Nas yang diketuai oleh saudara Hafiz.

Setelah tamat sesi khatam Al-Quran, Pengarah KPMB, Dr. Yatim Bin Nawai telah memberi sedikit ucapan selaku perasmi dalam majlis tersebut. Beliau mengulas tentang penglibatan remaja generasi kini dalam aktiviti kerohanian. Beliau juga menyebut bahawa spekulasi terhadap akhlak generasi kini semakin merudum ternyata tidak boleh diterima dengan terbuktinya atas kejayaan majlis ini.



Seterusnya, sekali lagi Dr. Yatim Bin Nawai telah dijemput untuk memberi cenderahati kepada para peserta diiringi oleh Ustaz Md. Zan Bin Md Yausuf bersama presiden PERDIQMA saudara Danial Ifran. Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, sedikit jamuan ringan dihidangkan kepada para jemputan dan para pelajar. Adalah diharapkan bahawa majlis ini dapat diadakan lagi di masa hadapan demi melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. : katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...