Pada 14-16 Oktober 2011 lalu, pihak ALUMNI PERDIQMA telah mengadakan program Kepimpinan PERDIQMA dengan objektif untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk membela agama Islam melalui kepimpinan. Seramai 30 orang termasuk fasilitator yang menyertai program tersebut. Program tersebut diadakan di sekitar Pantai Morib, Banting Selangor.
Pada petang 14 Oktober 2011,semua peserta termasuk fasilitator berkumpul di hadapan surau An-Nur untuk bersama-sama bertolak ke Pantai Morib. Sebelum bertolak ke Pantai Morib,semua peserta dan fasilitator mengaminkan doa yang diketuai oleh saudara Aizuddin supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Kolej Profesional MARA, Beranang.Sesudah sampai lokasi penginapan iaitu di Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya' Al Ahmadi, Kesemua peserta dan fasilitator diagihkan tempat untuk beristirehat.
Untuk Misi pertama bagi program kepimpinan ini adalah Misi ke Gaza. Misi ini dijalankan di dalam permainan berupa explorace tetapi mempunyai pengisian yang sangat mendalam. Yang menariknya misi ini dijalan pada waktu tengah malam demi membuatkan para peserta bagaikan betul-betul sedang menjalankan misi ke Gaza.
Misi ini mempunyai 4 checkpoint yang perlu dilaksanakan. Salah satu checkpoint yang perlu diselesaikan menuntut para 'pejuang' membuat strategi yang terbaik untuk mengelakkan ahli kumpulan ditipu oleh musuh ketika dalam perjalanan menemui ejen rahsia. Di sini memerlukan kerjasama yang sangat kuat dari setiap ahli kumpulan. Di akhir misi ini hanya 1 kumpulan sahaja yang berjaya melaksanakan misi dengan jayanya.
Pada keesokan paginya pula para peserta dibawa kesatu lagi lokasi yang sangat menarik iaitu bukit Jugra. Aktiviti untuk para peserta pada hari itu adalah mendaki Bukit Jugra. Sambil dalam perjalanan mendaki para peserta dapat menikmati nikmat Allah SWT dengan melihat pemandangan yang hijau dan menghirup udara yang segar. Subhanallah....Para peserta sempat bergambar dan menikmati pemandangan yang luas dan menarik dari atas bukit Jugra. Dan taniah juga pada para peserta kerana berjaya menawan bukit Jugra.
Misi ke seterusnya iaitu "Sebarkan Dakwah Agama Mu". Para peserta juga diajar bagaimana untuk menjadi kader-kader dakwah yang profesional dengan pelbagai topik menjadi isu perbincangan pada petang sabtu di Pantai Morib.Bayu laut dan alunan ombak Pantai Morib telah menambah api semangat para peserta untuk menggalas tugas sebagai pewaris para nabi dalam berdakwah.
Pada malamnya,Encik Musa Mohamad Ali telah memberi amanat yang amat berguna kepada bakal kader-kader dakwah PERDIQMA dalam slot santai "Remaja Muslim & Kepimpinan".Selepas itu,aktiviti BBQ dan persembahan dari para peserta dengan tema berkaitan "bumi jihad Palestin".
Hari terakhir program,para peserta diberi peluang yang amat manis oleh Allah SWT untuk solat Subuh berjamaah di atas pasir dan diiringi pukulan ombak lantas memberi 1001 tarbiyah kepada para peserta ,ditambah pula dengan tazkirah oleh Encik Musa Mohamad Ali yang menaikkan obor semangat dakwah para peserta.Seterusnya,para peserta sempat bermain air laut dan futsal kelapa di Pantai Morib dan diakhiri dengan Usrah Wida'.
Aktiviti sebelum berangkat pulang iaitu refleksi akhir untuk memastikan matlamat program tercapai dan apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh para peseta bila kembali nanti, penilaian adakah tercapai matlamat program ini yang dijalankan pada kali ini dan penambahbaikan serta cadangan dari peserta. Program yang diadakan selama 3 hari dan 2 malam ini berakhir pada 16 hb Oktober 2011 pada jam 3.30 sebelum para peserta pulang ke Kampus Kolej Profesional MARA Beranang
Semoga Allah memberkati pejuangan ini...Teruskan perjuangan mu wahai sahabat semua. Jadikan dunia ini jambatan ke akhirat kita.
Untuk melihat galeri gambar pilihan sepanjang program Kursus Outdoor Kepimpinan ini dijalankan, klik "sini".