Acara yang sering kali diadakan pada setiap semester ini bertujuan memantapkan ilmu Al-Quran dari segi bacaan dan istiqomah dan juga memupuk para pelajar KPM Beranang memartabatkan ilmu wahyu dan mukjizat Allah kepada umat Rasulullah SAW. Sekali lagi PERDIQMA mengadakan majlis khatam quran selama 13 minggu para pelajar semester 1 bertilawah. Majlis ini diadakan pada 18 Oktober yang lalu bagi menamatkan bacaan Al-Quran dan tilawah disertai seramai 268 pelajar semester 1.
Khatam Quran ini diwakili seramai 22 orang peserta lelaki dan diketuai oleh saudara Muhd Syafiq bin Syamsul. Majlis dipengerusikan oleh saudara Azmil Ulya dan seterusnya bacaan doa di ketuai oleh saudara Zaim Rashdan.Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Bacaan dimulakan dari surah Al-fatihah,surah Ad-dhuha sehingga surah An-Nas. Selesai bacaan doa, dan selepas itu,kami meneruskan dengan sedikit ucapan dari Ustaz Wan Muzakir. Pada jam 8.10, kami meneruskan majlis dengan menunanikan solat fardhu Isyak.
Selesai solat fardhu isyak, majlis diserikan dengan taklimat wakaf oleh Wakaf,Sedekah,Zakat(WSZ company) dan meminta para jemaah banyakkan bersedekah dan mewakafkan harta jika ada sedikit kemampuan. Sedikit jamuan ringan diadakan sebagai santapan dan penutup kepada peserta Majlis Khatam Al-Quran sesi Julai-Disember 2012. Semoga kita semua bersama-sama memantapkan bacaan Al-Quran dan memartabatkannya sehingga anak cucu dimasa akan datang.
1.Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain (Riwayat Bukhari )
2. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.(Riwayat Bukhari & Muslim)
InsyaAllah.
18 Oktober 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMESTER 1 SESI JULY-DISEMBER 2012
0 Comments