8 Disember 2013

Rukhsah Solat dan Adab Ketika Banjir


Dikala ini, rakyat Malaysia terutama di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menerima musibah banjir. Sehingga kini masih ramai lagi mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sebagai tempat berlindung. Semoga Allah merahmati dan melindungi kalian.

Terkadang dalam menerima musibah banjir ini, ramai yang masih tidak menyedari bahawa ujian yang Allah timpakan ini berbentuk amaran agar kita sentiasa dekat dan patuh akan perintah Allah. Ya, seluruh harta benda habis musnah akibat hanyut diarus banjir, kerugian beribu ringgit dan tiada yang tinggal. Begitu sukar untuk menerima hakikat ketentuan Allah, bahawa harta dunia juga tidak kekal, begitu juga dunia ini. Keluhan, penderitaan, kesempitan yang dialami, kenapa Allah timpakan pada kami. Disini teruji kesabaran seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Bukankah Allah telah berfirman:

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, ia adalah kerana apa yang tangan anda usahakan. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu "[ash-Shura 42:30]




Ya, tangan yang penuh dengan dosa, tangan yang penuh dengan ketamakan dunia, lalu Allah beri peringatan. Allah itu Maha Adil, ditimpakan musibah itu kepada semua agar masing-masing sedar akan khilaf pada Tuhan-Nya. Kita masih bertuah kerana musibah yang berlaku tidak melibatkan ramai nyawa yang terkorban seperti di Filipina baru-baru ini, kerna jika Allah kehendaki, pasti Allah boleh mengadakannya. Teringatkan akan kisah kaum-kaum terdahulu:

"Maka Kami setiap satu (daripada mereka) untuk dosa-dosanya, ada pula yang yang Kami dihantar Haasib (angin ganas dengan pancuran batu) [seperti di orang Luth], dan ada pula yang yang berada alih oleh As-Saihah [azab - menangis besar, (seperti Tsamud atau orang Shu'ayb oleh kaum itu)], dan ada pula yang yang Kami jadikan bumi menelan [seperti Qaaroon], dan ada pula yang Kami tenggelamkan yang [sebagai orang-orang (Semuanya), atau pengikutnya (di laut) dan kaumnya]. Ia bukan Allah yang menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri "[al-'Ankaboot 29:40]




Adab dalam menerima musibah



Apa yang Muslim dan lain-lain yang bertanggungjawab dan yang berfikiran waras perlu lakukan adalah bersabar dan bertaubat kepada Allah, berpegang teguh kepada Agama-Nya dan mengelakkan semua bahawa Dia telah mengharamkan kesyirikan dan dosa, supaya mereka selamat dan diselamatkan dari segala kejahatan di dunia ini dan seterusnya, dan perbanyakkanlah berdoa supaya Allah akan peliharalah mereka dari segala bahaya, dan memberkati mereka dengan semua yang baik. Allah berfirman (yang bermaksud):

"Dan jika penduduk negeri itu beriman dan mempunyai Taqwaa (ketakwaan), sudah tentu, Kami akan membuka kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul-rasul). Lalu kami mereka (dengan hukuman) bagi apa yang mereka telah usahakan (syirik dan jenayah). "[Al-A'raaf 7:96]







Bagi meringankan beban mereka, hulurkanlah sekadar kemampuan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir, jika tidak mampu hulurkanlah tenaga empat kerat untuk membersihkan terutama ditempat awam seperti masjid, sekolah dan lain-lain. 


"Mereka yang belas kasihan akan diberi rahmat oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah mereka yang berada di bumi, dan Dia yang di langit akan mengasihani kepada kamu. "(Riwayat Abu Daud (13/285), al-Tirmidhi (6/43)).

Jangan dilupakan tentang kewajipan solat fardhu yang wajib kita dirikan meskipun dalam menghadapi musibah banjir. Berikut antara rukhsah solat ketika menghadapi musibah.


Rukhsah solat dalam musim banjir (oleh Ust Dr Zaharuddin)

Ulama mengharuskan jama’ solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jama’ bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185)

Ulama mazhab Syafie mengharuskan jama’ solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan ( biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)




Ulama mazhab Hanbali turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jama’ ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas

Ertinya: Rasululllah telah menjama’kan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab : Baginda mahu agar tidak menyukarkan ummatnya.

Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jama’ solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jama’ TIDAK DIBENARKAN.

KESIMPULAN

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ( Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jama’ dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad.

Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjama'kan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhu’ dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan. tetapi jika batal diantara dua solat jama' itu, wudhu tetap WAJIB diambil.

Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu. Lakukan rukun wudhu sahaja basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki. kemudian lap air wudhu dengan air banjir bagi mengelakkan mudarat bakterianya.

Cuma para ulama bersepakat jika solat jama’ tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.

Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir adalah seperti gambar, iaitu turut dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk. namun tiada menyentuh air banjir.

Wallahu'alam


Rujukan: https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Dr-Zaharuddin-Abd-Rahman/264020270304330

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...