5 April 2011

Pertandingan Sempena Minggu Kesenian Islam KPMB

..

Klik "sini" untuk melihat syarat penyertaan


SYARAT BAGI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN SEPANJANG MINGGU KESENIAN ISLAM KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
___________________________________________________________________________________________

ACARA DIPERTANDINGKAN:

1. PERTANDINGAN VIDEO PENDEK: (Tema:“Suasana Islam @ KPMB”)

1.1 Penyertaan

(a) Peserta adalah dalam kumpulan atau individu, sekiranya berkumpulan hendaklah tidak lebih daripada 3 orang.
(b) Setiap peserta boleh menghantar maksimum 2 penyertaan sahaja.

1.2 Pertandingan

(a) Video mestilah tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 7 minit. Sekiranya lebih dari 7 minit, markah tidak akan dikira.
(b) Peserta bebas menggunakan apa jua software (Sony Vegas, movie maker & lain-lain)
(c) Video hendaklah asli
(d) Peserta tidak dibenarkan menciplak video yang sedia ada.
(e) Video hendaklah di hantar selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan dalam bentuk CD ataupun pendrive sahaja.
(f) Video hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti budaya ber”couple”, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan lain-lain.

1.3 Tema

Bertemakan “Suasana Islam @ KPMB”

1.4 Penghakiman

(a) Pertandingan akan dihakimi oleh 3 orang jemaah hakim.
(b) Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
(c) Penghakiman adalah berdasarkan pada aspek-aspek berikut:

(i) Keaslian karya 30 markah
(ii) Kreativiti persembahan 40 markah
(iii) Mesej dan ketepatan isi 45 markah
(iv) Cinematografi (Teknik penggambaran) 35 markah
      Jumlah 150 markah

2. PERTANDINGAN NASYID

2.1 Syarat-Syarat Penyertaan

(a) Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 6-8 ( minimum 6 orang dan maksimum 8 orang termasuk pemain muzik) orang peserta.
(b) Hanya peserta lelaki dibenarkan mengambil bahagian.
(c) Peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.

2.2 Peraturan-Peraturan

(a) LAGU
(i) Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan dua buah lagu. Peserta boleh menggunakan lagu nyanyian artis nasyid tanah air ataupun mengubah suai lirik lagu kepada konsep ketuhanan dan keislaman.
(ii) Lagu berkenaan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 15 minit sahaja.
(iii) Lagu-lagu yang berentak Rock, Heavy Metal dan Rap tidak dibenarkan sama sekali untuk pertandingan ini.
(iv) Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(v) Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti budaya ber”couple”, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan lain-lain.
(vi) Lirik lagu hendaklah diserahkan bersama penyertaan pertandingan kepada urusetia pertandingan. ( semasa pendaftaran)
vii) Konsep lagu adalah bebas sama ada irama padang pasir atau kontemporari.

(b) MUZIK

(i) Kaedah minus one adalah dibenarkan di dalam pertandingan ini. Oleh yang demikian, setiap kumpulan perlu menyediakan CD (MP3) atau kaset sendiri bagi kaedah tersebut. Penyerahan CD atau kaset minus one juga perlu diserah kepada Urusetia Pertandingan pada masa pertandingan.
(ii) Setiap kumpulan juga dibenarkan menggunakan alat muzik yang dibenarkan sahaja. Peralatan seperti drum, alat muzik yang bertiup dan gitar elektrik tidak dibenarkan (Classic guitar dan keyboard dibenarkan).
(iii) Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang peralatan muzik untuk setiap kumpulan. Oleh yang demikian, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan peralatan sendiri dari kolej masing-masing.

2.3 Penghakiman

(a) Pertandingan akan dihakimi oleh 3 orang jemaah hakim.
(b) Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
(c) Penghakiman adalah berdasarkan pada aspek-aspek berikut:

(i) Mutu Suara 60 markah
(ii) Persembahan 20 markah
(iii) Gaya 20 markah
(iv) Mesej 20 markah
(v) Lirik 30 markah
Jumlah 150 markah

(d) Mutu Suara meliputi kemantapan dan kemerduan suara.
(e) Persembahan meliputi susun atur, keunikan dan kreativiti persembahan.
(f) Gaya meliputi pakaian, kekemasan dan kesesuaian gaya dengan nasyid yang disampaikan.
(g) Lirik yang bersesuaian dengan tema dan tiada unsur yang bercanggah dengan syariat.

2.4 Pakaian

Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.

3. PERTANDINGAN SYARAHAN: (Tajuk: Remaja & Gejala Sosial)

3.1 Peserta Pertandingan

(a) Terbuka kepada semua penuntut kolej – Lelaki & perempuan .

3.2 Syarat Dan Peraturan Pertandingan:

(a) Tajuk syarahan adalah“Remaja & Gejala Sosial”
(b) Setiap peserta hendaklah memakai baju kebangsaan lengkap.
(c) Syarahan dijalankan dalam bahasa Melayu.
(d) Peserta syarahan hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran, pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(e) Setiap peserta diberi masa 5 minit untuk menyampaikan syarahan masing-masing.
(f) Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(g) Peserta hanya boleh menyampaikan syarahan mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
(h) Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
(i) Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(j) Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh markah bagi keseluruhan markah isi.
(k) Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan syarahan sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.


3.3 Pembahagian Markah

(a) Isi (60 markah)

Peserta syarahan akan diadili dari segi mukaddimah, definisi tajuk, isi-isi yang bernas dan sesuai, data dan fakta yang tepat serta rumusan. Pecahan markah adalah seperti seperti berikut :

i. 40 markah bagi empat isi syarahan
Setiap isi markah maksimumnya adalah 10 markah, (4 markah isi, 3 markah huraian dan 3 markah bagi dalil /contoh / data yang tepat – keutamaan dalil dari al-Quran dan hadith)
ii. 10 markah bonus (bagi definisi yang tepat dan rumusan yang jelas)
iii. 10 markah bonus bagi isi tambahan iaitu 5 markah bagi satu isi tambahan )

(b) Gaya (15 markah)

i. Cara penyampaian mengikut gaya syarahan yang jelas dan lancar
ii. Cara berdiri dan penampilan diri yang bersesuaian.
iii. Cara penyampaian hendaklah menarik, tegas dan berkeyakinan.
iv. Pergerakkan tangan perlulah semula jadi dan tidak terlalu mekanikal.
v. Susunan isi yang menarik dan jelas

(c) Bahasa (20 markah)

i. Pemilihan kata, istilah dan susunan ayat tepat.
ii. Gaya bahasa yang menarik dan berkesan serta tepat kepada mesej yang hendaklah disampaikan.
iii. Penggunaan dialek dan slanga tidak dibenarkan.

(d) Adab (5 markah)

Perlakuan dan tutur kata yang kurang sopan atau manis hendaklah dielakkan. Markah akan ditolak tidak melebihi 5 markah bagi kesalahan ini.

3.4 Penghakiman

(a) Panel hakim pertandingan syarahan adalah terdiri dari 3 orang hakim pertandingan termasuk seorang Ketua Hakim.
(b) Ketua Hakim akan bertanggung jawab untuk :

(i) Menyatakan keputusan pertandingan.
(ii) Memberi komen dan nasihat yang membina kepada peserta syarahan dan penonton sekiranya perlu.
(iii) Keputusan Panel hakim adalah muktamad

4. PERTANDINGAN POSTER: “Tema: Remaja Muslim Sejati”

4.1 Penyertaan

(a) Peserta adalah dalam kumpulan atau individu, sekiranya berkumpulan hendaklah terdiri daripada 3 orang
(b) Setiap kursus diwajibkan untuk menghantar sekurangnya-kurangnya 1 kumpulan

4.2 Pertandingan

(a) Pertandingan poster tersebut adalah berasaskan puisi @ ilustrasi @ gabungan kedua-duanya
(b) Menggunakna kertas lukisan bersaiz A3 atau A4
(c) Peserta bebas menggunakan apa jua teknik persembahan (Photoshop, drawing & lain-lain)
(d) Karya hendaklah asli
(e) Peserta tidak dibenarkan menciplak poster sedia ada.
(f) Poster hendaklah di hantar selewat-lewatnya 15 minit sebelum pertandingan.

4.3 Tema

Bertemakan “Remaja Muslim Sejati”


4.4 Penghakiman

(a) kriteria pemarkahan adalah seperti berikut

(i) keaslian karya 30 markah
(ii) kreativiti persembahan 35 markah
(iii) mesej dan ketepatan isi 35 markah
Jumlah 100 markah

(b) Keputusan pengadil adalah muktamad.

5. PERTANDINGAN HAFAZAN: (Ar-Rahman, Al Waqiah @ Sajadah)

5.1 Penyertaan

(a) Syarat-syarat Penyertaan:

(i) Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii) Terbuka kepada semua pelajar KPMB

(b) Pakaian:

(i) Peserta lelaki dikehendaki berpakaian kebangsaan lengkap.
(ii) Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung lengkap menutup aurat yang sempurna

5.2 Pertandingan

(a) Peserta akan diberi pilihan untuk memilih satu dari surah berikut: (Ar-Rahman, Al Waqiah atau Sajadah).
(b) Cara pertandingan adalah berdasarkan konsep “Tebuk” di mana ketua hakim akan memilih mana-mana ayat dari surah yang telah dipilih oleh peserta dan membacakan ayat tersebut.Peserta dikehendaki mengulang bacaan dan menyambung hafalan pada ayat seterusnya sehingga diminta berhenti oleh hakim. Kelancaran bacaan, hukum tajwid, fasohah dan suara adalah diambil kira.

5.3 Penghakiman

(a) Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Fasohah dan suara
(b) Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:

(i) Bahagian Tajwid 50 markah
(ii) Bahagian Fasohah 25 markah
(iii) Bahagian Suara 25 markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah

5.4 Penentuan pemenang

(a) Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b) Keputusan panel hakim adalah muktamad.

6. PERTANDINGAN AZAN

6.1 Penyertaan

Terbuka kepada semua penuntut kolej – lelaki sahaja

6.2 Tata Cara Pertandingan

Format persembahan :

Mengikut disiplin Azan yang betul

6.3 Penghakiman

(a) Fasohah/Sebutan 30 Markah
(b) Alunan Lagu 40 Markah
(c) Suara 30 Markah
Jumlah markah keseluruhan 100 markah


7. ISLAMIC TREASURE HUNT: "TREASURE OF IMAN" (Tema:“Knowledge Is Power!!”)

7.1 Penyertaan

(a) Terbuka kepada semua penuntut kolej (Persatuan atau kumpulan individu)
(b) Setiap kumpulan hendaklah mempunyai 6-8 peserta sahaja
(c) Ahli kumpulan boleh terdiri dari anggota sama jantina dan berlainan jantina.
(d) Penyertaan terhard kepada 8 persatuan/kumpulan yang mendaftar terawal.
(e) Setiap persatuan atau kumpulan akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM 10
(f) Tarik tutup penyertaan pada jumaat 15/4/11 sebelum jam 10 Malam
(g) Program ini terbuka kepada semua warga KPMB.
(h) Sekiranya anda tiada persatuan, penyertaan juga boleh dilakukan dengan menubuhkan kumpulan 6-8 orang.
(i) Hadiah akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya mendapat tempat pertama, kedua, ketiga, serta saguhati kepada tempat ke 4 dan tempat ke 5.

7.2 Pertandingan

Tarikh: 15/04/2010
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat : Sekitar KPMB

Sebarang persoalan & urusan penyertaan sila hubungi:

Urus setia                                                      No Tel                         No Bilik

Pengarah Program: Aizudin Jamalan            017 7742438                       207
P. Pengarah Program: Syarifah Nurliyana     010 8913565                       4B
Setiausaha: Maziah Baharuddin                   012 5093072                        1B
Bendahari: Muhd Muhaimin                       0124149079                          105

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...