14 April 2010

IKTIBAR DARI PALESTIN DAN LUBNAN

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Rafidah Mohamad

Semalam sepatutnya saya menghadiri kuliah Ustaz Kazim di Taman Sri Kota, Taiping. Entah kenapa kuliah dibatalkan atas sebab2 tertentu. Setelah berfikir sejenak saya telah mengambil keputusan untuk mencari kuliah lain. Saya telah pergi ke Masjid Telekom. Sesampai di sana terdengar kuliah yang disampaikan dengan penuh bersemangat oleh Ustaz Ahmad Dasuki dari Shah Alam. Rupa-rupanya beliau sedang membuat terjemahan ceramah dari Dr Muhammad Siyam, bekas Imam Masjid Al-Aqsa....

Dr Muhammad Siyam walaupun sudah agak berusia tetapi begitu bersemangat menghuraikan apa yang sedang berlaku di bumi Palestin dan Lubnan. Memang menyedihkan apa yg berlaku di sana.

Apa yang menarik ialah ketika sesi soal jawab. Antara soalanyang ditanya seorang ahli jemaah ialah ke manakah perginnya tentera Lubnan ketika mujahidin dari pihak Hizbullah sedang menyabung nyawa menentang askar2 Yahudi.Dr. Muhammad Siyam sekadar tersenyum sambil menjawabbahawa di Lubnan terdapat 4 golongan iaitu:

1. golongan Syiah
2. golongan Sunnah
3. golongan Sekular
4. golongan Kristian dan lain2.

Golongan Syiah yang banyak tinggal disekitar Selatan Lubnan memang tiada pilihan kerana mereka berjiran dengan negara Israel. Untungnya Hizbullah yang berfahaman Syiah mendapat bantuan dari sekutu mereka di Iran. Itulah yang menyebabkan mereka berjaya mengalahkan tentera Israel. Tentera Lubnan adalah dibawah kerajaan sekular Lubnan yang langsung tidak mahu berjuang menentang tentera Israel. Itulah sikap sekular, bila berhadapan dengan musuh-musuh Islam mereka akan mengambil keputusan untuk berdiam diri tidak mahu berjuang. Saya kira itulah yang berlaku di Malaysia bila mana umat Islam diasak oleh pemimpin2 yang sekular memang tidak akan berbuat apa-apa untuk melindungi Islam.

Dr Muhammad Siyam menambah lagi agak malang di Palestin kerana majoriti mereka adalah dari golongan Sunnah dan mereka langsung tidak dibantu oleh negara2 arab yang berfahaman sama dengan mereka.Oleh itu mereka telah mengambil keputusan utk berjuang bersendirian. Apa yang menyedihkan ada bank-bank di negara2 Arab tersebut menyekat sumbangan dari luar negara Arab. Dalam masa yang sama tentera Palestin juga mengambil sikap yang sama dengan tentera Lubnan.

Apabila ditanya tentang Masjid Al Aqsa, beliau kelihatan agak pilu seraya menjawab dulu ketika dia menjadi imam di masjid tersebut khutbah jumaatnya dihadiri ratusan ribu jemaah tetapi sekarang zionis yahudi telah membuat sekatan hanya orang2 yg berumur 45tahun ke atas sahaja yang dibenarkan masuk ke masjid Al Aqsa. Penduduk Islam juga semakin berkurangan di Baitul Maqdis kerana puak Yahudi sibuk membangunkan projek2 mereka di keliling masjid tersebut hingga sampai mengorek bawah masjid. Cukup sekadar ini, kalau ada peluang mendengar ceramah beliau elok kalau kita dapat hadir kerana disitu kita akan dapat mendengar apa sebenarnya yang berlaku dan dapat memberi sumbangan terus kepada rakyat Palestin.

Sekian, terima kasih.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...