14 April 2010

"TREASURE OF IMAN" explorace versi islamik

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: :Zulia Sofy Bt Zakaria


Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya PERDIQMA telah berjaya menjalankan aktiviti yang telah dirancang oleh Biro Media dan Informasi iaitu aktiviti “TREASURE OF IMAN” pada hari Ahad,14/04/2010. Aktiviti bercorak explorace versi islamik seperti ini adalah kali pertama dianjurkan oleh PERDIQMA. Aktiviti ini dianggarkan bermula pada jam 8.00pg dan berakhir pada jam 1.00tgh hari.Ternyata aktiviti ini berjalan lancar kerana menepati masa yang ditetapkan.Alhamdulillah...Nak tahu apa lagi yang menarik, klik more...
Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara pelajar kolej. Bukan itu sahaja,kami juga telah menjemput pelajar dari kolej bersebelahan KPMB iaitu Kolej Kemahiran Tinggi MARA(KKTMB).Mereka juga  menyambut baik jemputan tersebut.

Pelajar yang mengikuti aktiviti ini dapat pasti mendapat satu pengalaman baru daripada setiap tugasan yang di berikan di setiap "checkpoint". Antara soalan yang diberi ialah tentang hukum tajwid,tokoh Islam,tulisan jawi dan cara mengikat serban serta aktiviti yang agak mencabar iaitu mengingat maksud surah(namapun tresure of iman..).Sebanyak 5 kumpulan telah meyertai aktiviti ini,termasuklah 1 kumpulan pelajar dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara(KKTMB). Semua perserta dilihat berasa gembira dan seronok sepanjang aktiviti ini di jalankan.

Mereka telah berjaya mehabiskan semua aktiviti yang ada di 9 checkpoint yang di sediakan. Memang rugi bagi sesiapa yang tidak mengikuti aktiviti ini,kerana sebanyak 5 hadiah lumayan menanti setiap pemenang. Oleh kerana,hanya 5 kumpulan sahaja yang menyertai aktiviti ini ,jadi keputusannya setiap kumpulan membawa pulang hadiah seperti yang dijanjikan. Maknanya semua kumpulan adalah pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini, serta berjaya menamatkan aktiviti ini dengan jayanya.

Dengan itu pihak kami berharap tidak kira kepada para peserta yang telah menyertai mahupun pelajar yang tidak berkesempatan menyertai akan memberi sokongan kepada aktiviti sepert ini jika diadakan lagi pada masa akan datang. Juga kepada semua urusetia yang terlibat, ribuan terima kasih diucapkan dan tahniah buat anda semua.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...