28 April 2010

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : zuliasofy bt zakaria


Pada hari selasa bersamaan 27/04/2010 yang lalu, aktiviti mingguan Perdiqma iaitu tazkirah mingguan dijalankan seperti biasa.Tajuk ceramah kali ini memang sesuai dengan suasana dan situasi pelajar kpmb sekarang ini (study week). Maklumlahkan peperiksaan final pun sudah semakin hampir, jadi banyak persediaan yang perlu kita sediakan bagi menghadapinya. 

Semestinya semua pelajar sekarang ini sedang sibuk mempersiapkan diri untuk menempuh medan peperiksaan. Tazkirah pada kali ini telah disampaikan oleh saudara Mus'ab Khalili,(Ketua Unit dakwah, tarbiah dan ekonomi,-Perdiqma). Tajuk kali ini mengenai tip untuk menghadapi peperiksaan.. Ingin tahu tip untuk menghadapi peperiksaan yang disampaikan, silalah clik pada 'more'.....


SEBELUM PEPERIKSAAN
Sebelum peperiksaan sudah pastinya banyak jiwa-jiwa yang resah dan 'nervous'. Antara tips yang dapat dikongsikan adalah seperti :
  1. Qiamullail.
  2. Perbanyakkan Solat sunat taubat,hajat & istikharah. Ramai orang menganggap solat istkharah ini hanya untuk mencari jodoh. Tidak semestinya kerana ketika nak jawab soalan kita mempunyai pelbagai pilihan jawapan kan? Jadi, kita lakukan solat istikharah dengan harapan supaya Allah memberi petunjuk untuk memilh jawapan yang terbaik.
  3. Bangun subuh awal.Barulah hari yang dilalui lebih berkat.
  4. Baca al-Quran supaya hati lebih tenang.
  5. Perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan ketika menjawab soalan. Berdoalah juga untuk rakan-rakan yang lain.
  6. Mohon ampun pada Allah, ibubapa, guru & rakan-rakan.
  7. Perlu juga menjaga kesihatan badan, dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan baik untuk minda.
SEMASA PEPERIKSAAN
  1. Ambil wuduk sebelum ke dewan peperiksaan.
  2. Banyakkan selawat agar tenang untuk menjawab. Sesungguhnya 1 kali kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, 10 kali kebaikan Allah akan berikan kepada kita.
  3. Seelok-eloknya buat solat hajat sebelum menduduki peperiksaan.
SELEPAS PEPERIKSAAN
  1. Sujud syukur tanda kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah di atas segala pertolonganNya.
  2. Mengucapkan"Alhamdulillah" kerana berjaya menjawab soalan.
  3. Solat sunat hajat.
  4. Baca Al-Quran.
  5. Berdoa agar dilapangkan dada orang yang menanda kertas kita supaya dapat menanda dengan tenang.
Selain dari yang diatas kita juga perlu membetulkan niat kita belajar dan menjawab peperiksaan adalah kerana Allah SWT. InsyaAllah ini dapat memotivasikan diri kita untuk menjawab peperiksaan.


Belajar juga adalah salah satu ibadah kepada Allah dan tidaklah Allah menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaNya.


Diharap tip-tip di atas dapat digunakan sebagai panduan sepanjang menghadapi peperiksaan final ini dan yang paling penting adalah beristiqamah dalam melakukan kebaikan. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar KPMB "Do My Best, Do My Very Best."


"MAN JADDA WAN JADDA"

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...