wwwperdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : Faridz Wan B Mohd Aris
Biro Protokol & Makanan telah menganjurkan satu aktiviti iaitu "Program Masak-Masak" pada 08 April 2010 yang lepas. Program ini di adakan untuk merapatkan lagi silaturrahim di antara ahli-ahli biro protokol dan makanan serta biro-biro yang lain. Kehadiran ahli-ahli yang menyertai aktiviti ini banyak membantu biro makanan menyiapkan santapan untuk berbuka beramai-ramai. Makanan yang disediakan pada program ini adalah resipi terbaru iaitu "Ayam Masak Kurma Tom Yam" yang telah di reka oleh ketua biro makanan yang baru iaitu Abdul Qayyum Bin Mohd Zahari dan ahli-ahlinya yang lain. Ramai juga yang telah berpuasa sunat untuk meraikan program ini bersama-sama.Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi menjayakan program ini.