13 April 2010

Pelajar Pintar Kaki Temberang

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Zaitie Satibi
Editor: Zubaidahtul Nooraini Bt Musdar

KUANTAN: Seorang remaja berusia 18 tahun dikesan menyalahguna kepintarannya apabila memperdaya Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dengan menyamar sebagai kerabat diraja Pahang untuk memasuki dua kem PLKN di negeri ini sebagai orang kenamaan (VVIP).(Klik pada more untuk baca artikel penuh)


Menurutnya, remaja terbabit juga memalsukan dokumen yang menggunakan kepala surat Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kononnya ingin membuat lawatan rasmi di kedua-dua kem berkenaan.

“Kes pertama berlaku pada 14 Mac lalu apabila suspek membuat lawatan di Kem PLKN Kampung Hijrah dan kedatangannya disambut meriah dalam satu majlis khas disertai seorang Exco negeri.

“Kes kedua pula di Kem PLKN Cahaya Gemilang pada 5 April lalu apabila suspek bersama komandan kem berkenaan menyambut ketibaan Ketua Pengarah PLKN di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum dibawa ke kem itu untuk satu majlis khas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, di kem berkenaan, suspek diberi penghormatan untuk menyemat tanda nama pelatih PLKN yang lazimnya dilakukan Ketua Pengarah PLKN di samping dipakaikan uniform khas tertera gelaran Tuan Muda.

“Namun seorang pelatih kem berkenaan mengecam wajah suspek yang dikenali sejak kecil yang turut menjadi rakan baik ketika belajar di sekolah sama di Bera.

“Pelatih berkenaan kemudian mendedahkan perkara itu kepada pihak kem sebelum polis menerima aduan daripada pihak istana pada 8 April lalu,” katanya.

Katanya, susulan aduan itu suspek ditangkap di sebuah rumah di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin, hasil maklumat awam.

Dia disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan direman hingga 13 April ini.

“Siasatan lanjut mendapati suspek juga pelajar pintar di sekolahnya apabila memperoleh 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan baru-baru ini.

“Polis menyiasat motif tindakan suspek menyamar sebagai kerabat diraja Pahang dan kemungkinan pembabitan orang lain dalam penipuan ini,” katanya.

Rujukan: Metro Online

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...