www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Anwaruddin Bin Haji Sulaiman
Editor: Mus'ab Khalili Bin Rosli
Assalamualaikum warahmatullahi ta'ala wabarakatuhu wa maghfiratuh..
Sebagai seorang hamba dan merangkap sbg da'ie..
di mana2pun ana rasa,
harus kita bagi kita saling menasihati.
Soal dapat terima atau tidak, itu antara kita dan mereka dengan ALLAH.... (Klik pada more)
Kita dah jalankan tanggungjawab sebagai seorang saudara mu'min yg rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda yg kita kena ambil berat tentang mereka.."tidak sempurna iman seseorang selagimana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.."
riwayat ibnu Abas [kalau tak silap ana]
Ana nak kongsikan sebab dan akibat kalau.......
TIDAK MENGAMALKAN AMAR MA'RUF NAHI ANIL MUNGKAR;
-DIA BERPELUANG MEMPERSOALKAN KEPADA KITA DIAKHIRAT KELAK SEKIRANYA KITA TAK PERNAH MENEGUR MEREKA
Pernah dengar tak kisah org masuk neraka sebab kena tarik kakinya sedangkan kakinya yg sebelah lagi dahpun melangkah utk ke syurga..?
Siapa yg tarik kaki kita di akhirat kelak?
-Jiran-jiran kita selang 40rumah, depan 40, belakang 40, kiri 40, kanan 40, kalau rumah flet?? Atas bawah pun kena kira..
-Ibu (bagi yg lelaki)
-Isteri (bagi yg lelaki)
-Anak-anak (bagi lelaki dan perempuan)
-Saudara-saudara seIslam kita (setiap mu'min itu bersaudara ya!!!)
Ada satu kisah, yg bila seorang hendak masuk syurga, dan kakinya ditarik.. Yg menariknya adalah yg berhak menarik (macam yg ana tulis diatas)..
Yg ditarik = kenapa kau tarik kaki aku ni??
yg menarik = sebab dulu kat dunia kau tak tegur aku bila aku buat salah, bila aku tak solat, kau buat tak tau je.. Kau tak ajak pun!! kau tengok aku dating, raba2 awek aku.. Kau wat dono je!
yg ditarik = Ya ALLAH semua itu dusta!! Aku pernah je ajak kau! tapi kau ugut aku! Hina aku! kata aku mcm2!! kau kata kubur masing2!! neraka masing2!!
yg menarik = kau baru tegur aku sekali, kalau kau tegur dan ajak aku dua kali.. mesti aku ikut..
yg ditarik = aku dah ajak kau berpuluh-puluh kali.. tapi kau degil.. kau tak nak.. kau kata aku ni pk aku bagus sangat.. kau kata aku solat tonggang tonggek mcm ayam patuk dedak!
yg menarik = tu baru berpuluh2 kali.. andai kau ajak aku beratus2 kali.. mesti aku ikut..
yg ditarik = dah berbuih mulut aku tegur kau.. dah tergigit lidah cakap ngan kau..
yg menarik = baru tergigit lidah.. tak putus pun lidah kau cakap ngan aku kan??
ni baru yg petik nama kita pasal tak tegur salah silap diorg..
dah fikir ke kita jikalau ada kita "sebat" mana2 barang kawan2 kita?
ada ke kita makan makanan mereka tanpa izin mereka, sekaligus membuatkan mereka marah dan mengharamkannya..
kalau dia tak sedar pun, adakah halal buat kita makan makanan mereka tanpa izin mereka, tu dah kira mencuri kan??
tengok tu.. ini kisah yg ustaz ana kongsikan.. betapa terdesaknya saudara-saudara seislam kita utk menjebakkan diri kita kearah kehancuran bersama-sama dengan mereka.. di akhirat kelak.
sedangkan kita dahpun mengajak mereka melakukan kebaikkan..
akhirnya.. samada kita terpaksa terjun dalam neraka bersama-sama mereka.... atau..................
yg ditarik = YA ALLAH.. mereka berdusta.. tiap kali seruanMU berkumandang.. aku seru mereka.. aku ajak mereka agar menunaikan kewajiban keatas diriMU.. Aku larang mereka dari melakukan apa yg engkau larang.. Aku larang mereka dari mendedahkan aurat.. Sesungguhnya.. Kau lah yg maha ADIL lagi maha MENGETAHUI..
emm..
sebab tu lah.. orang tak nak masuk syurga dengan jalan yg paling sukar..
sahabat-sahabat rasulullah.. ALLAH jamin syurga.. Kenapa??
Apa istimewanya mereka?
mereka bukan rasulullah yg dikasihi ALLAH setiap masa..
Tapi.. Mereka sentiasa cuba mencontohi TIAP perbuatan baginda s.a.w..
Yakinlah..
Tiap sunnah yg walaupun hanya SUNAT.. ada keberkatannya..
cita-cita ana bukan sekadar nak masuk syurga..
tapi...
masuk syurga tanpa hisab.. tanpa perlu diperhitungkan amalan..
yg menyebabkan kita terpaksa bersemuka dengan golongan2 yg ana sebut tadi..
mereka akan tuntut selagi mana mereka perlu tuntut selagi tak cukup pahala ganjaran untuk masuk syurga dan lari dari api neraka..
ana sendiri masih berusaha nak tegur sahabat2 ana (roomate) baru ni..
suka sgt pakai boxer.. nampak peha, pusat... bila baring.. nampaklah mcm2.. doalah agar ana larat nak 'makan' kutukan dan hinaan mereka bila ana tegur mereka..
kalau boleh..
ana nak lari dari mereka..
bila berjauhan..
ana akan ingatkan mereka dgn sms.. cukuplah..