16 Mac 2010

Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul

  Khamis, 11 Mac 2010-Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Profesional Mara Beranang, unit Ta’mir dari Persatuan PERDIQMA telah menganjurkan satu program ceramah Maulidur Rasul bertempat di Dewan Seri Gema KPMB. Sebelum ceramah bermula pada pukul 9 di dewan, majlis telah didahulukan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti bacaan yasiin dan tahlil untuk tiga orang pelajar kpmb yang telah kembali ke rahmatullah.................
Bacaan yasiin tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Md Zan Bin Md Yausuf. Seterusnya solat isyak dan solat sunat jenazah secara ghaib kepada tiga orang pelajar tersebut di Surau An-Nur.

  Untuk ceramah Maulidur Rasul ini Ustaz Syed Abdul Kadir B. Syed Hussin Al-Joofre telah dijemput khas. Beliau adalah salah seorang moderator iluvislam.com, sebuah portal islamik yang komited dengan pembangunan masyarakat Islam seluruhnya. Beliau yang menetap di Kuala Lumpur  mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah, Universiti Al-Azhar Mesir. Bertugas sebagai pegawai di Sakretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA). Majlis ceramah yang disampaikan oleh beliau menjadi agak meriah kerana diselang selikan dengan celotehnya yang mencuit hati penonton.

  Ceramah yang bertemakan “Generasi Pencetus Gerakan Dakwah, Rasululallah S.A.W sebagai Ikutan “ itu menyentuh tentang keperibadian Rasulullah S.A.W yang patut untuk kita semua contohi. Selain itu beliau juga menekankan persoalan adakah kita benar-benar cintakan nabi dan mengutamakan baginda dalam  aspek lain.  Mudah untuk kita berkata bahawa kita cintakan nabi, tetapi apakah buktinya, apakah tindakan kita, apakah hati kita betul-betul menyayangi baginda,  adakah kita mengikuti segala sunnah nabi, dan pernahkah kita menangis kerana rindukan nabi???

    Sebagai penutup program ceramah itu diakhiri dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid KPMB iaitu kumpulan Al-Tilmiz dan berakhir pada pukul 11 malam. Dengan adanya program ini diharapkan dapat serba sedikit menambahkan ilmu selain membentuk dan megubah diri kita dari nsifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Diharapkan program seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...