www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : zulia sofy zakaria
Aktiviti ini dimulakan dengan solat magrib berjemaah serta bacaan yassin. Tepat jam 8.30 malam lampu di tutup di susuli dengan solat isyak berjemaah serta solat hajat. Selepas selesai mengerjakan solat hajat, satu slot muhasabah diri mengenai 'global warming', yang telah di sampaikan oleh Encik Azrul Hafiz, felo kamsis KPMB.Antara perkara yang disentuh beliau ialah siapakah penyebab masalah ini, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan bagaimana kita dapat membantu untuk menyelesaiakannya.
Aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya dan tamat jam 10 malam. Terima kasih di ucapkankan kepada seluruh warga KPMB yang telah menjayakan kempen '60 Earth Hour @ KPMB' ini. Semoga kita semua dapat bermuhasabah diri dan sedar akan penderitaan bumi terhadap apa yang manusia lakukan.
Apa yang warga KPMB boleh lakukan?
* Mengurangkan penggunaan petrol dengan berkongsi kereta.
*Mengurangkan penggunaan elektrik dan air.
*Tidak melakukan pembakaran terbuka.
*Mengurangkan penggunaan polestrin dan plastik.
*Menghijaukan bumi dengan menanam pokok
*Mengurangkan penggunaan gas CFC.