19 Mac 2010

PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN


Pilihanraya kampus di KPMB begitu hampir sekali. InsyaAllah, selasa ini, 23 Mac 2010 pilihanraya akan diadakan. Poster-poster calon juga telah ditampal sekitar kolej.Malah, beberapa calon turut kelihatan lebih "kreatif" pada kali ini dengan berkempen melalui laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar yang bakal mengundi dan yang baru kali pertama mengundi, pasti sukar membuat pilihan bukan? 

Pasti tertanya-tanya dan "confuse" siapa yang harus diundi. Yang berambut pacak? yang bersongkok? yang kacak bergaya? yang bijak berkata-kata? yang cantik molek? oh, mungkin juga yang wajahnya begitu cute diposter itu? Oh... oh... Cukup memeningkan kepala. Lalu, apakah sebenarnya yang menjadi ukuran?

Disini ada tips yang sangat berguna daripada Dr Harun Din. InsyaAllah, inilah panduan memilih pemimpin sebenar!:
"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin.

"Pemerintah, pemimpin atau individu yang terdiri daripada orang yang menyalahgunakan kuasa, tidak menunaikan janji, pembodek-pembodek, perasuah, guna harta untuk kepentingan peribadi dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya.

Kata Dato' Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bakar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya.

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimpin," katanya.

Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasanya Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.
[2.247]

Dalam pada itu beliau melarang memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya. 

InsyaAllah, pilihanraya kampus kali ini, kita pilih calon yang benar-benar bertakwa dan berintegriti!  

p/s: Jangan ada yang tak mengundi pula.  Mengundi itu satu kewajipan bagi kita.

Takbir! Allah Akbar! - semangat lebih :-)




 

Comments
3 Comments

3 comments:

bolehkah bakal MPP KPMB jd pemimpin yang dikatakan? atau manisfesto yg dikatakan satu helah utk kmngan dlm pilihanraya? harap MMP yang baru tunjukkan contoh kempimpinan yang bersih & boleh pakai

Assalamualaikum...

di harapkan kepada pelajar Kpmb dapat memilih wakil pelajar yang layak menjadi pemimpin yang ciri - cirinya seperti yang dinyatakan. Namun, di zaman ini agak susah untuk melihat atau memilh calon - calon seperti itu. di harap para pelajar tidak memandang remeh tentang pemilihan pemimpin pelajar di kolej ini. jadikan platform pilihan raya ini sebagai penanda aras bagaimana kita mencari pemimpin dan melihat cara calon tersebut memimpin. tepuk dada tanya diri sendiri.

sekadar renungan;

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah
lakunya."

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

harap bakal MPP ni dapat berikan satu idola buat semua pelajar KPMB . harap MPP sekarang pandai membahagikan masa demi kepentingan pelajar . Tunjukkan MPP mampu mendapat Dekan/Copa ! caiyok caiyok! hihihi

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...