24 Mac 2010

AKTIVITI PERDIQMA

www.perdiqmakpm.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid

  Pada 17 Mac 2010 yang lalu, Biro Dakwah, Tarbiah dan Ekonomi dari persatuan Perdiqma telah menganjurkan satu tayangan filem. Tayangan filem ini adalah bertujuan untuk mengutip dana tabung Perdiqma. Nak tahu filem apa yang ditayangkan …???
Macam biasa klik kat more tu….




   Tayangan yang diadakan pada malam itu bertajuk “Ketika Cinta Ber tasbih 1”, bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam. Tiket hanya dijual pada harga RM1. Murahkan…? Seperti yang dinyatakan di atas, tujuan tayangan ini diadakan adalah untuk mengutip dana tabung Perdiqma/surau  dan wang yang diperolehi itu akan digunakan untuk kegunaan  aktiviti persatuan dan aktiviti surau  An-Nur sendiri seperti contoh program ceramah sempena Maulidur Rasul yang lalu. Kiranya kalau membeli tiket tayangan itu anda  serba sedikit telah menyumbang kepada kebajikan surau.

  Walaupun sambutan pada malam itu kurang tetapi agak memuaskan. Ini kerana kami faham, setiap pelajar ada tanggungjawab yang lain yang perlu dijalankan. Dengan ‘assignment’ nya, kelas nya,’ test’nya lagi dan lain-lain.

   Filem ini agak menarik kerana kisahnya berlatar belakangkan bumi Mesir selain memaparkan tentang  kehidupan para pelajar luar di Universiti Al-Azhar.  Anda pasti tahu yang filem ini mempunyai sambungannya iaitu “Ketika Cinta Bertasbih 2”. Jadi, InsyaAllah kami akan usahakan supaya sambungan cerita ini akan dapat ditayangkan.


    Sebelum itu, terima kasih kepada penonton yang sudi membeli tiket dan sudi menyokong  aktiviti Perdiqma.....

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...