10 Mac 2010

AKTIVITI PERDIQMA UNTUK PELAJAR KAMSIS

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Binti Abd Hamid

AKTIVITI PERDIQMA UNTUK PELAJAR KAMSIS

   Sebagai seorang pelajar, kita mestilah membahagikan masa yang ada dengan bijak, terutamanya dalam mengimbangi urusan dunia dan akhirat. Oleh itu, Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional Mara Beranang (PERDIQMA) telah menganjurkan satu aktiviti bagi mengisi rohani pelajar KPMB dengan mengadakan Majlis bacaan Yasin dari bilik ke bilik di setiap asrama iaitu kamsis Siti Khadijah, kamsis Saidatina Aishah, dan kamsis Al-Farabi.

Aktiviti ini diadakaan setiap minggu iaitu setiap hari Isnin malam Selasa. Aktiviti ini dijalankan  di setiap aras, satu bilik di sayap kanan dan satu bilik di sayap kiri mengikut giliran.

Bersesuaian dengan slogan KPMB sendiri iaitu “Institusi Berkualiti, Prestasi Cemerlang” yang tidak mahu pelajarnya hanya berkualiti dan cemerlang dari segi pendidikan, bahkan dari segi rohani dan jasmani. Di samping itu, aktiviti ini diharapkan dapat memupuk silaturrahim di antara pelajar. Keistimewaan aktiviti ini adalah, sebelum bacaan yaasin, ahli bilik yang mendapat giliran untuk mengadakan bacaan yaasin pada malam itu akan menjemput ahli bilik lain untuk datang ke bilik mereka. Selepas bacaan yaasin pula tetamu akan dijamu dengan sedikit jamuan yang disediakan oleh tuan rumah. Suasana begini lebih mengeratkan silaturrahim dikalangan pelajar.

Bacaan Yasin dari bilik ke bilik ini telah dijadikan sebagai aktiviti mingguan bagi pelajar kamsis. Hal ini ditambah lagi dengan khasiat membaca surah Yaasin itu sendiri, dan Rasululllah S.A.W telah bersabda yang bermaksud “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan". Antara keberkatan daripada surah yaasin ini adalah:

~ Apabila orang lapar membaca  surah Yasin, ia boleh menjadi kenyang.
~ Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
~ Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
~ Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
~ Jika terpenjara akan dibebaskan.
~ Jika musafir membacanya, akan mendapat ksenangan apa yang dilihatnya.
~ Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
~ Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah akan meringankan siksanya.
~ Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
~ Jika dibacakan kepada orang sakit, terhindar daripada sakitnya.

Jadi, semoga semua pelajar kamsis sendiri dapat menyemarakkan lagi aktiviti yang mendatangkan seribu kebaikan ini…Teruskan hidup menuju iman….

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...