www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor ‘Aisah Binti Abd Hamid
Pasti anda tertanya-tanya apakah aktiviti yang dijalankan oleh PERDIQMA sepanjang mingggu untuk pelajar KPM Beranang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti mengadakan slot ceramah yang diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu. Ingin tahu lebih lanjut.
Klik la dekat ‘More’ tu……
Bagi mengisi masa dan rohani pelajar kamsis KPM Beranang, PERDIQMA telah menganjurkan beberapa aktiviti menarik, berfaedah dan sesuai untuk pelajar kamsis. Antaranya seperti mengadakan ceramah mingguan yang diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu.
Aktiviti ini adalah diwajibkan kepada pelajar kamsis semester 1 dan 2. Tetapi kehadiran semester lain adalah amat dialu-alukan.Semua aktiviti PERDIQMA, Insyaallah akan diadakan di Surau An-Nur dan mengikut kesesuaian aktiviti yang dijalankan. Lebih-lebih lagi, lokasi Surau An-Nur yang strategik dan amat hampir dengan kamsis siswa dan siswi dan Insyaallah tidak menyukarkan perjalanan mereka ke Surau An-Nur
.
Slot ceramah juga diadakan adalah untuk mengisi masa yang terluang sementara menanti masuknya waktu solat fardhu isyak. Penceramah yang dijemput adalah pensyarah KPMB sendiri yang mempunyai pengetahuan tentang keagamaan. Setiap minggu penceramah yang berbeza akan di jemput. Di samping dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar, ini adalah salah satu usaha PERDIQMA untuk "refresh" jiwa kita yang sentiasa memerlukan nasihat serta panduan selain menggalakkan para pelajar hadir ke surau.
Seperti minggu yang lalu satu slot ceramah telah berjaya dilaksanakan yang disampaikan oleh Ustaz Wan Muzakir (salah seorang pensyarah KPMB) yang bertajuk ‘Tazkiyatu Nafs’ (Penyucian Jiwa) iaitu “Pembebasan jiwa dari pelbagai najis yang mengotorinya” seperti syirik, dengki, malas, tamak, nafsu, riak, sombong, boros, dan angkuh.
Sedikit perkongsian tentang isi ceramah itu ialah,
Tentang punca kekotoran jiwa manusia iaitu ‘syaitan’. Antara pintu masuk syaitan dalam jiwa manusia adalah sepeti perasaan marah, syahwat, dengki, tamak, orang yang kekenyangan, orang yang suka berhias dan terburu-buru dalam mengerjakan kebaikan.
Antara amalan Tazkiyyatu Nafs yang bolah diamalkan adalah seperti menunaikan solat sunat, membayar zakat, berpuasa, membaca Al-Quaran, berzikir, sentiasa mengingati mati, bermuhasabah diri, serta mengamalkan amal ma’ruf nahi mungkar . Antara zikir yang dianjurkan adalah selawat Syifa’.
Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat member kebaikan kepada kita. Ini adalah sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan kepada pelawat-pelawat blog ini. Insyaallah, akan kita berkongsi lagi di masa akan datang tentang aktiviti yang lain pula. Saya ingin mengakhiri mengakhiri ini dengan sedikit kata-kata hikmah.
“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR, teman yang paling akrab ialah AMAL, pengawal peribadinyan paling waspada ialah DIAM, bahasa yang paling manis ialah SENYUM dan ibdah yang paling indah iala KHUSYUK.”